Wednesday, August 5, 2009

Biskut Raya 2009 (part 1)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Penyayang..

Bertemu lagi kita di lain lembaran...bersempena raya 2009, Safi Bakeri menyediakan keperluan biskut raya bagi semua rakyat Malaysia...

Sebagai memenuhi permintaan seperti pada tahun yg sebelum ini, Safi Bakeri bersedia menerima tempahan-tempahan daripada pelanggan yang menginginkan kelazatan dalam pemakanan serta harga yang begitu berpatutan dengan bahan-bahan yang digunakan. Bukan seperti sesetengah pihak yang begitu tamak untuk mengaut keuntungan sehingga menjejaskan bahan-bahan yang digunakan, kami di Safi Bakeri hanya menyediakan keluaran kami dengan mengikut kadar sebagai peniaga Islam.

Walau masih awal, tetapi saya bagi pihak Safi Bakeri mengucapkan selamat menyambut Ramadhan dan semoga mendapat rahmat dari Ilahi.


(Gambar dlm proses)

Biskut Almond London (RM 25.00 /50pcs)

-badam sebiji di bahagian tengah.


Biskut Almond Premium (RM 25.00 /50pcs)

-campuran biskut dan badam cincang yang disalut dengan coklat


Biskut Bintang Hati (RM 23.00 /50pcs)

-rasa biskut yang rangup seperti 'Chipsmore' sementara di bahagian permukaan dihiasi dengan lapisan coklat dan juga bintang-bintang berwarna warni.


(Gambar dlm proses)

Biskut Blueberry Badam (RM 24.00 /50pcs)

-disaluti dengan badam di bahagian permukaan dan jem blueberry di bahagian tengahnya.



Biskut Arab Berbadam (RM 25.00 /50pcs)

-di bahagian dalamnya terdapat serbuk badam yang membuatnya lebih enak dari biskut arab.


Biskut Marmar (RM 24.00 /45pcs)

-kemewahan coklat di permukaan biskut roti melebihi separuh bahagian dasar.


Biskut Sultana Kurma (RM 22.00 /50pcs)

-rasa hirisan kurma dalam biskut ini di bulan Syawal pasti menggamit memori semasa di bulan Ramadhan.


Biskut Gajus (RM 22.00 /50pcs)

-campuran serbuk gajus dan juga biji gajus di atas permukaan biskut.


Biskut Semprit Kasih (RM 18.00 /50pcs)

-masih juga mengekalkan cirri-ciri biskut semprit yang begitu fofular, cuma 'Kasih' yang digunakan campuran kismis.


Biskut Cornflakes (RM 22.00 /50pcs)

-gabungan biskut dan cornflakes yang rangup di dalam paper cup yang comel.


Biskut Dam (RM 20.00 /50pcs)

-rasa biskut yang rangup dengan gabungan rasa separuh coklat dan separuh vanilla di samping pembuatannya yang unik.

Biskut Coklat Oren (RM 22.00 /50pcs)

-kerangupan biskut berunsurkan coklat di samping rasa masam manis jem oren di bahagian tengah biskut.


Masih terdapat biskut yang sedang dalam proses pembuatan memandangkan permintaan beberapa jenis biskut lagi daripada pelanggan Safi Bakeri. Oleh itu nantikan kemaskini laman blog ini yang terbaru.

Tempahan secara borong juga amat dialu-alukan. Sila berhubung di talian 012-4862553.